Sistem Pengurusan Sumber Manusia eBOSS dibina untuk kemudahan semua pengguna dalam menguruskan perihal staf dan kakitangan didalam sesebuah syarikat mahupun organisasi dan boleh diakses dimana-mana sahaja dengan syarat mempunyai capaian internet.
Sistem ini menawarkan pengurusan rekod yang lengkap dari permohonan kerja, pendaftaran staf, rekod cuti dan kehadiran sehinggalah kepada pengurusan gaji pekerja tanpa perlu menggunakan sebarang sistem yang berasingan.
Tutorial ini menggunakan bahasa dan istilah mudah bagi memboleh semua peringkat pengguna memahami penggunaan eBOSS. Anda digalakkan membaca dulu keterangan sebelum melihat video.
Susunan modul sumber manusia (HR) eBOSS dipecahkan kepada beberapa segmen iaitu:
- Maklumat Pekerja
- Cuti & Kehadiran
- Tuntutan
- Gaji
- Permohonan kerja
Sila ikuti video pengenalan (Click)
Nota:
Modul ini juga menceritakan tentang penggunaan sistem khusus bagi staf dan kakitangan syarikat/organisasi. Tutorial penggunaan bagi pihak pengurusan atau admin adalah diterangkan dengan lebih lanjut dan mendalam di kategori Sumber Manusia (Click)